Dua maut dalam tembakan di universiti selatan AS

Foto hiasan janaan AI

WASHINGTON, 13 Februari- Dua maut manakala seorang cedera dalam kejadian tembakan di sebuah apartmen kediaman pelajar universiti di selatan Amerika Syarikat pada Khamis.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kampus Universiti South Carolina State diletakkan dalam keadaan penguncian selepas laporan tembakan di kompleks Hugine Suites.
  • Identiti mangsa dan keadaan individu cedera belum disahkan oleh pihak universiti.
  • Penguat kuasa membuat rondaan di dalam dan sekitar kampus susulan kejadian.
  • Semua kelas pada hari Jumaat dibatalkan sementara kampus kekal ditutup.

Universiti South Carolina State memaklumkan kampus itu diletakkan dalam keadaan ‘lockdown’ bermula pukul 9.15 malam, sejurus menerima laporan berhubung kejadian di kompleks Hugine Suites.

“Identiti mangsa atau keadaan individu cedera belum dapat disahkan. Kampus kekal ditutup buat masa sekarang,” menurut kenyataan universiti itu.

Setakat ini, tiada maklumat sama ada mana-mana individu telah ditahan berhubung kejadian berkenaan.

Universiti turut memaklumkan penguat kuasa menjalankan rondaan di dalam dan sekitar kampus, selain semua kelas pada Jumaat dibatalkan. -AFP