China, Filipina saling menuduh berhubung insiden di Laut China Selatan

Foto Reuters

MANILA, 21 Julai – Kementerian Pertahanan Filipina menyifatkan insiden terbaharu di Beting Thomas Kedua di Laut China Selatan (LCS) sebagai sebahagian daripada tindakan provokatif dan bermusuhan Pengawal Pantai China.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sebuah bot Pengawal Pantai China dengan lapan anggota menghampiri kapal BRP Sierra Madre, pos tentera Filipina.
  • Tentera Laut Filipina menggerakkan dua bot untuk menghalau bot China, menyebabkan berlaku pertembungan.
  • Seorang anggota Tentera Laut Filipina cedera selepas dipukul di kepala dengan belantan kayu oleh anggota China.
  • Beijing mendakwa bot Filipina cuba mengepung dan merempuh kapal China, menuduh Manila memutar belit fakta; ketegangan berterusan.

Angkatan Tentera Filipina berkata kejadian berlaku selepas sebuah bot milik Pengawal Pantai China yang membawa lapan anggota menghampiri kapal BRP Sierra Madre yang digunakan sebagai pos tentera Filipina di kawasan berkenaan.

Tentera Laut Filipina kemudian menggerakkan dua bot untuk menghalau bot China sebelum berlaku pertembungan.

Seorang anggota Tentera Laut Filipina dilapor cedera selepas dipukul di kepala menggunakan belantan kayu oleh anggota Pengawal Pantai China.

Kejadian itu turut mengakibatkan sebuah bot Tentera Laut Filipina mengalami kerosakan.

Beijing pula mendakwa dua bot Filipina cuba mengepung dan merempuh kapal China serta menuduh Manila memutar belit fakta mengenai kejadian itu.

Insiden tersebut berlaku ketika hubungan kedua-dua negara terus tegang berhubung tuntutan masing-masing di LCS. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.