Banjir Bangkok: 52,000 penduduk terjejas

Situasi banjir di Bang Kapi, Bangkok/Foto AFP

BANGKOK, 27 September – Limpahan air banjir di sini memaksa ribuan penduduk berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) pada Ahad.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kira-kira 52,000 isi rumah terjejas; pengisytiharan kawasan bencana diumumkan di seluruh ibu negara.
  • Pentadbiran Metropolitan Bangkok mengesahkan hampir 4,900 orang dipindahkan ke pusat perlindungan.
  • Jabatan Meteorologi melaporkan beberapa kawasan mencatat hujan melebihi 330 milimeter antara Khamis hingga Ahad.
  • Kementerian Pertahanan mengerahkan lebih 10,000 anggota tentera membantu operasi menyelamat dan pengagihan bantuan.

Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) mengesahkan hampir 4,900 orang telah dipindahkan ke pusat perlindungan, manakala kira-kira 52,000 isi rumah terjejas akibat banjir yang mencetuskan pengisytiharan kawasan bencana di seluruh ibu negara.

Menurut Jabatan Meteorologi, sesetengah kawasan di ibu negara mencatatkan taburan hujan melebihi 330 milimeter antara Khamis hingga Ahad.

Sementara itu, Gabenor Bangkok, Chadchart Sittipunt menerusi kenyataan di media sosial memaklumkan paras air di terusan-terusan utama bandar masih tinggi, namun pihak berkuasa sedang berusaha mempercepat proses pengepaman keluar.

Dalam pada itu, Jabatan Pencegahan dan Pengurangan Bencana melaporkan kejadian banjir turut melanda 25 wilayah lain di Thailand.

Kementerian Pertahanan telah mengerahkan lebih 10,000 anggota tentera ke seluruh negara bagi membantu operasi menyelamat dan pengagihan bantuan.- AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.