
PUTRAJAYA, 28 September – Sebanyak 496 daripada 1,582 projek yang didaftarkan di bawah inisiatif Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) telah berjaya disiapkan, dengan penjimatan kos pematuhan kepada kerajaan sebanyak RM3.21 bilion, setakat ini.
- Reformasi menuntut perkhidmatan awam berani menilai semula proses lama, bukan sekadar memperkenalkan teknologi baru.
- Pendigitalan harus dimanfaatkan untuk memastikan penyampaian perkhidmatan awam lebih mudah dan berkesan kepada rakyat.
- Prinsip mudah: gunakan pendigitalan untuk menghapuskan kerenah birokrasi dan mempermudah urusan rakyat.
- Perkara itu disampaikan semasa Perasmian Simposium Enterprise Architecture 2026 dan pelancaran RPSA 2026-2030 di Putrajaya.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Shamsul Azri Abu Bakar berkata reformasi menuntut perkhidmatan awam untuk bukan sekadar memperkenalkan teknologi baharu, tetapi berani menilai semula proses lama dan cara perkhidmatan disampaikan kepada rakyat.
Beliau menegaskan bahawa pendigitalan bukan sekadar memperkenalkan teknologi baharu, sebaliknya perlu dimanfaatkan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam lebih mudah dan berkesan.
“Sehubungan itu, selari dengan Reformasi Kerenah Birokrasi di bawah Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA), reformasi menuntut kita bukan sekadar memperkenalkan teknologi baru.
“Tetapi berani menilai semula semua proses lama dan cara perkhidmatan disampaikan kepada rakyat. Prinsipnya mudah, gunakan pendigitalan untuk menghapuskan kerenah birokrasi”, katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Simposium Enterprise Architecture (EA) 2026 dan Peluncuran Rancangan Pendigitalan Sektor Awam (RPSA) 2026-2030 di Putrajaya.