Belanjawan 2027: Tumpu akses AI mampu milik, perkasa PMKS

Foto BERNAMA

PETALING JAYA, 28 September – Kementerian Digital berharap akses teknologi kecerdasan buatan (AI) mampu milik kepada sektor industri terutamanya Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), diberikan tumpuan dalam Belanjawan 2027.

RINGKASAN BERITA AI
  • Gobind Singh tekankan kepentingan memastikan industri tempatan adaptasi AI secara menyeluruh tanpa bebanan kos yang tinggi.
  • Beliau meminta kerajaan meneliti kaedah menggalakkan perniagaan beralih, berubah dan menerima pakai AI serta teknologi baharu.
  • Kenyataan dibuat selepas pelancaran program MDX Forum 2026 di lokasi acara.
  • Kementerian memfokuskan usaha memperkasa ekosistem AI mampu milik dan menekankan harga berpatutan untuk tingkatkan akses serta guna pakai.

Menteri Digital, Gobind Singh berkata, usaha itu penting bagi memastikan industri tempatan dapat mengadaptasi teknologi baharu itu secara menyeluruh tanpa bebanan kos yang tinggi.

“Saya meminta pihak kerajaan meneliti kaedah-kaedah yang membolehkan menggalakkan perniagaan-perniagaan ini untuk beralih, berubah dan menerima pakai AI serta teknologi baharu ini supaya perniagaan mereka terus berkembang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan program MDX Forum 2026 di sini hari ini.

Selain sokongan kepada PMKS, kementerian juga memfokuskan usaha memperkasa ekosistem AI yang mampu milik untuk sektor industri.

“Kadar harga yang berpatutan menjadi kunci utama bagi memastikan akses dan kadar guna pakai teknologi berkenaan dapat dipertingkat,” katanya lagi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.