
KUALA LUMPUR, 28 September – Pasport Malaysia melonjak ke kedudukan kedua dunia dalam penarafan The Passport Index Global Ranking 2026, meningkat satu anak tangga daripada tempat ketiga tahun lalu.
RINGKASAN BERITA AI
- Pemegang Pasport Malaysia kini mempunyai akses ke 175 destinasi di seluruh dunia.
- Daripada itu, 129 destinasi boleh dikunjungi tanpa visa.
- 46 destinasi menawarkan kemudahan visa semasa ketibaan.
- Pencapaian ini mencerminkan kekuatan dan penerimaan Pasport Malaysia di peringkat antarabangsa.
Menurut kenyataan media Jabatan Imigresen, pemegang Pasport Malaysia kini mempunyai akses ke 175 destinasi di seluruh dunia.
Daripada jumlah itu, 129 destinasi boleh dikunjungi tanpa visa, manakala 46 destinasi menawarkan kemudahan visa semasa ketibaan.
Sebanyak 23 destinasi pula masih mewajibkan pemegang Pasport Malaysia mendapatkan visa sebelum melakukan perjalanan.
Pencapaian itu mencerminkan kekuatan dan penerimaan Pasport Malaysia di peringkat antarabangsa.