
LUBNAN, 18 Mei – Jumlah kematian akibat serangan rejim Zionis Israel di Lubnan meningkat kepada 2,988 orang sejak 2 Mac lalu, menurut Pusat Operasi Kecemasan Kesihatan Awam Lubnan pada Ahad.
- Seramai 9,210 individu cedera sejak serangan Israel dipertingkat di selatan Lubnan.
- Serangan di Tayr Felsay bunuh tiga termasuk seorang kanak-kanak, dan lapan cedera termasuk tiga kanak-kanak.
- Hezbollah melakukan serangan balas termasuk serangan dron berani mati ke atas kenderaan tentera Israel dan serang pasukan di Bayada.
Pusat itu turut memaklumkan bahawa seramai 9,210 individu cedera dalam tempoh sama ketika serangan Israel semakin dipertingkat di selatan Lubnan.
Di selatan negara itu, tiga individu termasuk seorang kanak-kanak terbunuh manakala lapan lagi cedera, termasuk tiga kanak-kanak, dalam serangan Israel ke atas bandar Tayr Felsay.
Dalam serangan berasingan di perkampungan Tayr Debba, dua individu dilaporkan maut manakala tiga lagi cedera, menurut pusat berkenaan.
Beberapa letupan turut dilaporkan menggegarkan bandar sempadan Khiam.
Pesawat Israel turut melancarkan dua serangan ke atas bandar Sohmor di timur Lubnan, manakala dron peninjau Israel dilaporkan terbang rendah di ruang udara Beirut serta kawasan pinggir bandar sekitarnya.
Dalam pada itu kumpulan Hezbollah turut melancarkan serangan balas berkata pihaknya melancarkan serangan dron berani mati terhadap sebuah kenderaan tentera Israel selain menyerang sekumpulan tentera Israel di bandar Bayada.- REUTERS