
GAZA, 18 Mei – Jumlah kematian di Gaza meningkat kepada 72,763 orang sejak konflik yang dicetuskan rejim Zionis Israel sejak 7 Oktober 2023.
RINGKASAN BERITA AI
- Bilangan kecederaan direkodkan 172,664 orang menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza.
- Hospital menerima enam mayat dan 19 mangsa cedera dalam tempoh 24 jam hingga Ahad.
- IDF sering memberi alasan serangan untuk melindungi orang awam.
- Operasi Israel di Gaza dipergiat sejak beberapa hari kebelakangan ini, serangan terus mengancam nyawa.
Menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza pada Ahad, jumlah kecederaan pula dilaporkan meningkat kepada 172,664 orang dalam tempoh sama.
Pihak berkuasa kesihatan Gaza memaklumkan hospital di seluruh wilayah itu menerima enam mayat dan 19 mangsa cedera dalam tempoh 24 jam sehingga Ahad.
Sementara itu, Angkatan Pertahanan Israel (IDF) dalam kenyataan sering menggunakan alasan serangan ke kawasan tersebut demi melindungi orang awam.
Namun sebaliknya serangan tersebut terus mengancam nyawa. Serangan tersebut berlaku ketika operasi Israel di Gaza dipergiat sejak beberapa hari kebelakangan ini.- REUTERS