Gempa bumi di Guangxi ragut dua nyawa, ribuan dipindahkan

Antara bangunan yang runtuh susulan gempa bumi berukuran 5.2 magnitud yang melanda wilayah Guangxi di barat daya China awal pagi Isnin/ REUTERS

LIUZHOU, 18 Mei – Gempa bumi berukuran 5.2 magnitud yang melanda wilayah Guangxi di barat daya China awal pagi Isnin mengorbankan dua individu serta memaksa lebih 7,000 penduduk di bandar Liuzhou dipindahkan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Operasi mencari dan menyelamat diteruskan, pasukan kecemasan giat bertugas di lokasi.
  • Amaran mengenai kemungkinan gangguan pengangkutan dikeluarkan selepas kejadian.
  • Rakaman menunjukkan bangunan runtuh dan penutupan jalan bagi memudahkan operasi menyelamat.
  • Biro Pengurusan Kecemasan mengesahkan 13 bangunan runtuh; beberapa mangsa dirawat di hospital, tiada kecederaan mengancam nyawa dilaporkan.

Pihak berkuasa turut meneruskan operasi mencari dan menyelamat selain memberi amaran mengenai kemungkinan gangguan pengangkutan susulan kejadian itu.

Rakaman video saksi menunjukkan orang ramai dan pasukan kecemasan berada berhampiran sebuah bangunan runtuh di Liuzhou, manakala kawasan jalan sekitar ditutup bagi memudahkan operasi menyelamat dijalankan.

Biro Pengurusan Kecemasan Liuzhou mengesahkan sebanyak 13 bangunan runtuh selepas gempa bumi yang berlaku awal pagi tadi. Bangunan runtuh itu turut dapat dilihat dalam rakaman operasi menyelamat yang dikongsi perkhidmatan kecemasan tempatan.

Menurut stesen penyiaran CCTV dan agensi berita Xinhua, dua kematian disahkan setakat ini manakala seorang lagi masih hilang.

Empat individu turut dihantar ke hospital untuk rawatan, namun tiada yang mengalami kecederaan mengancam nyawa.

CCTV turut melaporkan 13 bangunan runtuh dalam kejadian gempa bumi berkenaan yang berlaku pada awal pagi Isnin.- REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.