fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup rendah

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 13 Disember- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, seiring dengan penurunan niaga hadapan emas di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS) dan dolar AS yang lebih kukuh.

Kontrak semerta Disember 2024 menurun kepada US$2,678.30 setiap auns troy daripada US$2,720.80 setiap auns troy pada Khamis manakala Januari 2025 merosot kepada US$2,691.40 setiap auns troy daripada US$2,733.90 setiap auns troy sebelumnya.

Sementara itu, kontrak Februari 2025, Mac 2025 dan April 2025 ditutup rendah kepada US$2,701.50 setiap auns troy daripada US$2,746.50 setiap auns troy semalam.

Jumlah dagangan menurun kepada 44 lot daripada 104 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 63 kontrak daripada 121 kontrak sebelumnya.

Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 12 Dis, harga emas fizikal berada pada US$2,684.35 setiap auns troy.- BERNAMA

 

ROSLINA BINTI DIN