
BANGKOK, 14 Julai – Ahli keluarga mangsa korban kebakaran sebuah bar di kawasan Lat Phrao di sini mula menuntut mayat orang tersayang pada Selasa di Hospital Besar Polis, ketika angka kematian dilapor meningkat kepada 30 individu.
- Sesetengah keluarga telah menuntut mayat mangsa yang disahkan untuk dihantar pulang, manakala keluarga lain menunggu pengesahan DNA.
- 75 individu dilaporkan cedera, dengan 36 daripada mereka telah dibenarkan keluar hospital.
- Pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh termasuk meneliti kemungkinan kerosakan elektrik.
Identiti mangsa korban yang telah disahkan telah dituntut ahli keluarga untuk dihantar pulang ke wilayah asal masing-masing.
Gabenor Bangkok, Chadchart Sittipunt turut memaklumkan 75 individu cedera dalam insiden berkenaan dengan 36 daripada mereka telah dibenarkan keluar hospital setakat 9.30 pagi Selasa.
“Angka korban meningkat kepada 30 orang dengan tiga mayat masih menunggu proses pengesahan identiti rasmi,”katanya.
Sementara itu, Nuttakarn “Mint” Sevoy, 30 tahun yang menuntut mayat rakannya memberitahu AFP, identiti mangsa dapat dikenal pasti, walaupun keluarga mangsa masih tidak dapat menerima berita duka itu.
Dalam pada itu, bagi keluarga lain, rata-ratanya mengharapkan identiti mangsa dapat dikenal pasti selepas memberi sampel DNA.
Pihak berkuasa Thailand giat menjalankan siasatan melibatkan pelbagai aspek termasuk kemungkinan kerosakan elektrik.-AFP