
KUALA LUMPUR, 14 Julai – Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.
- Lebihan mudah tunai dianggarkan RM36.65 bilion (konvensional) dan RM16.12 bilion (Islam).
- Tender repo berbalik konvensional RM7.0 bilion (7 hari) dan RM500 juta (31 hari); repo Islam RM1.1 bilion (7 hari) dan RM800 juta (31 hari).
- BNM sediakan kemudahan repo satu minggu, satu bulan, tiga bulan; tender semalaman konvensional RM45.2 bilion dan murabahah RM17.9 bilion.
Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM36.65 bilion dalam pasaran konvensional dan RM16.12 bilion dalam pasaran wang Islam.
BNM akan menjalankan dua tender repo berbalik yang terdiri daripada RM7.0 bilion untuk tujuh hari dan RM500 juta untuk 31 hari.
Bank pusat akan turut menjalankan dua tender repo berbalik Islam (perjanjian jual dan beli balik) bernilai RM1.1 bilion untuk tujuh hari dan RM800 juta untuk 31 hari serta tender repo berbalik semalaman bernilai RM1.0 bilion untuk satu hari.
BNM turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM45.2 bilion dan tender semalaman murabahah RM17.9 bilion.- BERNAMA