fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi BNM

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 26 Oktober- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional menyusut kepada RM38.01 bilion daripada RM40.15 bilion pagi ini, manakala mudah tunai dalam dana Islam berkurangan kepada RM16.10 bilion daripada RM17.30 bilion sebelum ini.

Terdahulu, bank pusat itu mengendalikan tender konvensional, tender Qard, dua tender repo berbalik dan Bil Antara Bank Bank Negara (BNIB).

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional RM38.0 bilion dan tender pasaran wang Murabahah RM16.1 bilion, kedua-duanya bagi wang sehari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) adalah 3.00 peratus setakat 25 Oktober.- BERNAMA

ROSLINA BINTI DIN