fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh

Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh pada Jumaat, susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan / Foto Fail

KUALA LUMPUR, 19 April - Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh pada Jumaat, susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM26.05 bilion berbanding RM22.67 bilion pada pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam berkurangan kepada RM14.68 bilion daripada RM18.62 bilion.

Terdahulu hari ini, bank pusat itu menawarkan masing-masing dua tender pasaran wang konvensional, dua tender Qard dan dua tender repo berbalik.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM26 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM14.70 bilion, kedua-duanya bagi wang tiga hari.

Bank pusat itu turut menyemak semula tender semalaman Murabahah daripada RM24.1 bilion kepada RM26.0 bilion.

Setakat 18 April, 2024, Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus.-BERNAMA

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN