fb fb fb fb fb

Skandal Daihatsu :Toyota namakan Presiden baharu

Foto Reuters

TOKYO, 13 Februari - Gergasi Automatif Jepun, Toyota menamakan Masahiro Inoue sebagai presiden baharu Daihatsu berkuatkuasa 1 Mac depan susulan skandal memalukan berhubung ujian keselamatan palsu terhadap kenderaan berkenaan yang berlaku 10 tahun lalu.

Inoue yang kini bertugas sebagai Ketua pegawai Eksekutif toyota bagi rantau Amerika Latin menggantikan Soichiro Okudaira, kata syarikat berkenaan dalam kenyataan bersama pada Selasa.

Kenyataan itu turut menyebut Okudaira akan berundur daripada memegang jawatan Ketua pegawai Eksekutif Daihatsu, manakala jawatan pengerusi yang turut disandang Okudaira akan dihapuskan.

"Daihatsu akan merombak struktur pengurusan syarikat untuk melaksanakan langkah-langkah bagi mengelak masalah serupa berulang pada masa depan", kata presiden Toyota Koji Sato pada sidang akhbar.

Firma berkenaan turut menambah tindakan Daihatsu yang meletakkan beban di tempat kerja melebihi kapasiti merupakan punca kepada skandal pensijilan yang dialaminya.

Disember lalu,kerajaan Jepun mengarahkan Daihatsu untuk menghentikan pengeluaran selepas terdapat laporan keputusan ujian keselamatan palsu.

Susulan pengumuman tersebut, Daihatsu telah menggantung semua operasi perkilangannya.- AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD