fb fb fb fb fb

Serangan Israel korbankan lebih 18 orang awam

Foto Fail

GAZA, 23 Disember- Sekurang-kurangnya 18 orang awam terbunuh manakala puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel ke atas kem Pelarian Nuseirat di tengah Gaza, semalam.

Memetik Agensi Berita Palestin (WAFA), Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin berkata pesawat Israel mengebom sebuah rumah di Jalan Al-Eshrin, timur kem tersebut sehingga membawa kepada angka korban tersebut.

Tambahnya, Israel turut melakukan serangan udara di hadapan Hospital Al-Amal di Khan Younis.

Satu lagi serangan udara Israel memusnahkan loji penyahgaraman air di Jalan Gaza Lama di bandar Jabalia.

Artikel Berkaitan:
PBB lulus resolusi tuntut membenarkan penyampaian bantuan ke Gaza
PBB beri amaran risiko kebuluran di Gaza akan berlarutan
Lebih 2 juta rakyat Gaza diramal hadapi kebuluran menjelang Februari 2024
70% kematian di Gaza melibatkan wanita, kanak-kanak
Tiada lagi hospital berfungsi di utara Gaza - WHO
Kanak-kanak Gaza kelaparan akibat sekatan bantuan makanan
Ketua Hamas tiba di Mesir runding gencatan senjata di Gaza
Menteri Luar UK lawat Jordan, Mesir, desak gencatan senjata di Gaza
Majlis Keselamatan tangguhkan undian gencatan senjata baharu Gaza kepada hari Selasa

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM