fb fb fb fb fb

Lebih 2 juta rakyat Gaza diramal hadapi kebuluran menjelang Februari 2024

Foto Reuters

GAZA, 22 Disember- Sekitar 2.2 juta penduduk Gaza diramal menghadapi kebuluran terburuk menjelang Februari ini.

Menurut laporan sistem pemantauan kebuluran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), setiap individu di Gaza dijangka berdepan isu keterjaminan makanan yang kronik atau lebih teruk.

Situasi itu merupakan tahap paling tinggi pernah diklasifikasikan dalam skala lima fasa keterjaminan makanan (IPC) bagi mana-mana kawasan atau negara.

Laporan berkenaan memberi amaran bahawa kira-kira 50% penduduk diramalkan berada dalam fasa 'darurat' termasuk kekurangan zat makanan akut yang sangat tinggi dan pertambahan kematian secara mendadak.

Selain itu, laporan sama turut meramalkan, sekurang-kurangnya satu daripada empat isi rumah atau lebih setengah juta orang akan menghadapi keadaan terburuk iaitu pada 'tahap lima'.- REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM