fb fb fb fb fb

Kebakaran besar landa loji janakuasa terbiar di Texas

Kebakaran besar tercetus di sebuah loji janakuasa yang telah tidak beroperasi di Texas/ REUTERS

TEXAS, 17 November – Kebakaran besar tercetus di sebuah loji janakuasa yang telah tidak beroperasi di Texas pada Ahad, memaksa pasukan bomba dari beberapa bandar berhampiran dikerahkan bagi mengawal api yang marak sejak awal pagi.

Setakat ini, punca kebakaran masih belum dikenal pasti dan tiada kecederaan dilaporkan.

Asap tebal berwarna hitam dilihat menyelubungi kawasan sekitar, menyebabkan pihak berkuasa tempatan mengeluarkan amaran keselamatan kepada penduduk berhampiran.

Bagaimanapun, pemantauan udara yang dijalankan kemudian menunjukkan keadaan kualiti udara berada pada tahap selamat. -REUTERS

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN