fb fb fb fb fb

Lubnan desak PBB campur tangan, Israel terus bina tembok konkrit di sempadan selatan

Pembinaan tembok konkrit oleh tentera Israel di sempadan selatan yang dikatakan melepasi Garis Biru, sempadan tidak rasmi yang diiktiraf Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB)/ REUTERS

BEIRUT, 17 November – Lubnan merancang untuk membuat aduan rasmi kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) terhadap Israel, susulan pembinaan tembok konkrit oleh tentera Israel di sempadan selatan yang dikatakan melepasi Garis Biru, sempadan tidak rasmi yang diiktiraf PBB.

Menurut pasukan pemelihara keamanan PBB (UNIFIL), siasatan geospatial pada Oktober mendedahkan lebih 4,000 meter persegi tanah Lubnan kini sukar diakses penduduk tempatan kerana dicerobohi oleh struktur tembok tersebut.

UNIFIL telah memaklumkan penemuan itu kepada tentera Israel dan mendesak agar tembok itu dialihkan dengan menyatakan bahawa pembinaannya melanggar Resolusi Majlis Keselamatan PBB 1701 serta kedaulatan Lubnan.

Sebagai tindak balas, Presiden Lubnan, Joseph Aoun mengarahkan agar aduan itu disertakan dengan laporan PBB yang menolak dakwaan Israel bahawa tembok tersebut tidak melintasi Garis Biru. -REUTERS

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN