SANTIAGO, 16 November - Rakyat Chile memulakan proses pengundian bagi pilihan raya presiden pada Ahad, mempertaruhkan gabungan pemerintah berhaluan kiri menentang beberapa calon berhaluan kanan, yang turut akan menentukan komposisi baharu legislatif negara.
Pusat mengundi dibuka pada pukul 8 pagi waktu tempatan dan dijangka ditutup pada 6 petang (2100 GMT), tetapi akan dilanjutkan jika masih terdapat barisan pengundi.
Keputusan awal dijangka diumumkan dengan cepat, manakala pengiraan penuh dijangka siap dalam beberapa jam.
Sebanyak lapan calon bertanding, dan tiada seorang pun dijangka memperoleh lebih 50 peratus undi yang diperlukan untuk menang secara terus, sekali gus kemungkinan besar mencetuskan pusingan kedua antara dua calon teratas pada 14 Disember.-REUTERS