fb fb fb fb fb

Menteri Luar UK lawat Jordan, Mesir, desak gencatan senjata di Gaza

Menteri Luar Britain, David Cameron/ REUTERS

LONDON, 20 Disember- Menteri Luar Britain, David Cameron akan ke Jordan dan Mesir minggu ini untuk mendesak gencatan senjata yang mampan dan jeda kemanusiaan selanjutnya di Gaza, kata pejabat luar negara hari ini.

Cameron, dalam lawatan kedua ke rantau itu, akan melakukan perjalanan bersama Menteri Negara Britain untuk Timur Tengah, Tariq Ahmad dan “usaha mendapatkan pembebasan semua tebusan, meningkatkan bantuan ke Gaza dan menamatkan serangan Israel- Hamas.

Di Jordan, Cameron akan bertemu rakan sejawatannya, Ayman Safadi dan di Mesir dan beliau akan ke Al Arish, berhampiran sempadan Mesir-Gaza, untuk melihat bantuan UK yang dihantar ke Gaza.

Pada Ahad, Britain, Kesatuan Eropah dan negara rakan kongsi termasuk Australia dan Kanada, menyeru Israel untuk mengambil langkah segera dan konkrit untuk menangani keganasan di Tebing Barat yang mereka diduduki.

Minggu lalu, Cameron mengumumkan bahawa mereka yang bertanggungjawab terhadap keganasan terhadap penduduk Palestin akan dilarang memasuki Britain, berikutan rancangan serupa oleh EU.- REUTERS

ZEHRA BINTI ZAMBRI