fb fb fb fb fb

Rusia sifatkan tragedi babitkan Haniyeh sebagai pembunuhan politik

Pemimpin kumpulan Hamas, Ismail Haniyeh / AFP

MOSCOW, 31 Julai- Rusia pada Rabu mengecam pembunuhan pemimpin kumpulan Hamas, Ismail Haniyeh, sebagai "pembunuhan politik yang tidak boleh diterima".

Hamas berkata Haniyeh terbunuh dalam serangan Israel ke atas kediamannya di ibu negara Iran, Tehran.

“Ia adalah pembunuhan politik yang tidak boleh diterima sama sekali, dan ini akan membawa kepada peningkatan ketegangan yang lebih teruk,” kata Timbalan Menteri Luar Negeri Rusia, Mikhail Bogdanov kepada agensi berita RIA Novosti yang dikendalikan kerajaan.

Konstantin Kosachev, naib presiden Majlis Persekutuan Dewan Tinggi Rusia, berkata beliau menjangkakan "peningkatan kebencian di Asia Barat".

"Tempoh konfrontasi paling sukar bermula di rantau ini," tulisnya di Telegram.

Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov mengalu-alukan Haniyeh ke Moscow pada September 2022 untuk perbincangan mengenai konflik Israel-Palestin.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE