fb fb fb fb fb

Peroleh maklumat sulit negara,wartawan Mongolia dipenjarakan lima tahun

Wartawan Mongolia, Naran Unurtsetseg/Foto AFP

ULAANBAATAR, 20 Julai-Mahkamah Mongolia menjatuhkan hukuman penjara lima tahun kepada wartawan kontroversi negara itu, Naran Unurtsetseg kerana memperolehi rahsia negara secara tidak sah selain terlibat dalam beberapa jenayah seperti penggubahan wang haram dan menyebarkan maklumat palsu.

Naran Unurtsetseg merupakan salah seorang wartawan Mongolia yang paling terkenal susulan pendedahannya terhadap penderaan di sekolah berasrama penuh Buddha, keganasan dalam tentera dengan menentang beberapa orang paling berkuasa di negara tersebut.

Pada Jumaat, Unurtsetseg menulis di Facebooknya menyatakan mahkamah di Ulaanbaatar telah menjatuhkan hukuman penjara selama empat tahun sembilan bulan terhadapnya dalam perbicaraan yang diadakan secara tertutup.

"Ini merupakan penindasan", tulisannya di Facebook.

Pada perbicaraan berkenaan, Unurtsetseg didapati bersalah atas tuduhan mendapatkan rahsia negara secara tidak sah, mengelak cukai dan fitnah.

“Ini adalah kali pertama Mongolia menghukum seorang wartawan sejak awal 2000-an,” kata Zagdsuren Borgilmaa, ahli lembaga Konfederasi Wartawan Mongolia, NGO akhbar utama negara itu.

Hukuman yang dikenakan terhadap wartawan berkenaan menimbulkan persolan terhadap kebebasan akhbar di negara berkenaan.

Menurut Gabungan Wartawan Mongolia, kira-kira 20 pekerja media kini berada di bawah beberapa jenis siasatan rasmi susulan laporan mereka.

Sementara itu, laporan Wartawan Tanpa Sempadan pada tahun 2024 meletakkan negara itu di tempat ke-109 daripada 180 negara berdasarkan indeks Kebebasan Akhbar Dunia (RSF) baru-baru ini.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD