fb fb fb fb fb

Netanyahu terus dikecam pertaruh nyawa tebusan

Benjamin Netanyahu/AFP

BAITULMAQDIS, 19 Mac- Warga Israel terutama keluarga tebusan di Gaza mengecam Perdana Menteri Benjamin Netanyahu atas keputusannya untuk meneruskan serangan udara di wilayah Palestin, menyatakan tindakan itu membahayakan nyawa mereka yang masih ditawan.

Forum Keluarga Tebusan dan Orang Hilang menyatakan mereka tidak menerima sebarang maklum balas daripada Netanyahu atau pegawai kanan kerajaan mengenai langkah melindungi baki tebusan di Gaza.

"Sekarang jelas – pegawai kerajaan mengelak daripada bertemu kami kerana mereka sedang merancang untuk mencetuskan semula peperangan yang boleh mengorbankan ahli keluarga kami," kata kumpulan itu dalam kenyataan.

Protes berhampiran pejabat Netanyahu dan bangunan parlimen terus diadakan menuntut kerajaan mengutamakan keselamatan tebusan.

"Sebaik sahaja kami sedar bahawa perang kembali meletus, perkara pertama yang saya fikirkan ialah: bagaimana dengan tebusan? Ini hukuman mati bagi mereka, dan ia amat mengerikan," kata Muriel Aranov, peserta protes.

Bekas tebusan British-Israel, Emily Damari menerusi Instagram pula berkata hatinya "hancur" dengan keputusan kerajaan Netanyahu itu. Sementara seorang lagi bekas tebusan, Eliya Cohen menyifatkan serangan udara terbaharu sebagai "hukuman mati" ke atas tebusan yang masih berada di Gaza.

Bekas tebusan British-Israel, Emily Damari menerusi Instagram pula berkata hatinya "hancur" dengan keputusan kerajaan Netanyahu itu. Sementara seorang lagi bekas tebusan, Eliya Cohen menyifatkan serangan udara terbaharu sebagai "hukuman mati" ke atas tebusan yang masih berada di Gaza.

Dalam mesyuarat jawatankuasa parlimen, Menteri Kewangan, Bezalel Smotrich secara angkuh meminta seorang ahli keluarga tebusan yang meninggal dunia agar berdiam diri dengan berkata: "Kami sudah cukup mendengar daripada anda!"

Sejak Oktober 2023, seramai 251 individu ditawan oleh Hamas dengan 58 masih berada di Gaza. Serangan udara yang dilancarkan tentera Israel semalaman dilaporkan paling dahsyat sejak gencatan senjata Januari lalu.

Kementerian Kesihatan Gaza mengesahkan sekurang-kurangnya 413 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan itu.

SITI AISHAH MD ISA