Perintah berkurung waktu malam dikenakan di ibu negara Mali susulan serangan

Perintah berkurung akan dikuatkuasakan antara 9 malam hingga 6 pagi/Foto REUTERS

BAMAKO, 26 April – Pihak berkuasa Mali mengisytiharkan perintah berkurung waktu malam di Bamako pada Ahad susulan serangan terselaras terhadap beberapa sasaran di ibu negara itu dan lokasi lain, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

RINGKASAN BERITA AI
  • Perintah berkurung dikuatkuasakan antara 21:00 hingga 06:00, menurut gabenor wilayah.
  • Serangan dilaporkan berlaku di Bamako dan beberapa kawasan lain pada hari Sabtu.
  • Junta tentera berkata keadaan berjaya dikawal menjelang petang selepas pemeriksaan di ibu negara dan bandar terjejas.
  • Setiausaha Agung PBB menggesa sokongan antarabangsa diselaraskan untuk menentang keganasan pelampau dan memenuhi keperluan kemanusiaan.

Gabenor wilayah memaklumkan bahawa perintah berkurung itu akan dikuatkuasakan antara 9 malam hingga 6 pagi.

Serangan dilaporkan berlaku di Bamako dan beberapa tempat lain di negara itu pada Sabtu. Menurut junta tentera yang memerintah negara itu sejak Mei tahun lepas, keadaan berjaya dikawal menjelang petang susulan pemeriksaan yang dijalankan di ibu negara serta bandar lain yang terjejas.

Lapangan Terbang Bamako telah dibuka semula selepas ditutup sebelum ini berikutan pertempuran yang berlaku di kawasan sekitarnya.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) António Guterres berkata beliau “amat bimbang” dengan situasi di negara Afrika Barat yang tidak mempunyai pantai itu dan menggesa “sokongan antarabangsa yang diselaraskan bagi menangani ancaman faham pelampau ganas serta keganasan yang semakin berkembang di Sahel, selain memenuhi keperluan kemanusiaan yang mendesak”. – BERNAMA-dpa