Cuaca panas tahap 1 dikeluarkan di 15 kawasan seluruh negara

Foto MetMalaysia

KUALA LUMPUR, 26 April -Status cuaca panas Tahap 1 atau kategori berjaga-jaga dikeluarkan bagi 15 kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kawasan terjejas meliputi seluruh Perlis, beberapa daerah di Kedah, Hulu Perak, Machang, Pasir Mas, Beaufort, Kapit, Limbang dan Marudi.
  • Tahap 1 dikeluarkan apabila suhu maksimum harian mencapai 35 hingga 37 darjah Celsius selama sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
  • Rujuk laman web MetMalaysia untuk maklumat terkini mengenai status cuaca panas harian.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan di Semenanjung, kawasan terlibat ialah seluruh Perlis manakala di Kedah membabitkan Kubang Pasu, Pokok Sena, Pendang, Padang Terap, Kota Setar, Kuala Muda dan Sik.

“Turut tersenarai ialah kawasan Hulu Perak di Perak serta Machang dan Pasir Mas di Kelantan.

“Amaran sama turut dikeluarkan di Sabah melibatkan kawasan Beaufort serta tiga kawasan di Sarawak membabitkan Kapit, Limbang dan Marudi,” menurut MetMalaysia.

Menurut MetMalaysia, status Tahap 1 atau berjaga-jaga dikeluarkan apabila suhu maksimum harian di sesuatu kawasan mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius untuk sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Orang ramai boleh merujuk laman web rasmi jabatan itu menerusi https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai status cuaca panas harian di seluruh negara.