
KUALA LUMPUR, 24 April – Malaysian Craft Council (MCC) merancang untuk menubuhkan The Textile Lab sebagai pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi memperkasa martabat tekstil warisan negara seperti songket dan kelingkan ke peringkat antarabangsa.
- The Textile Lab diwujudkan sebagai ruang inovasi dan R&D untuk pembangunan sistematik songket dan kelingkan.
- Inisiatif ini kesinambungan kejayaan The Textile Project yang dilaksanakan sejak 2024.
- TTP Soirée menjadi platform menilai kedudukan industri tekstil dan merangka hala tuju masa depan warisan.
- Kehadiran Tengku Temenggong Kelantan serta penggiat dan pereka menzahirkan sokongan institusi diraja dan komuniti untuk mengangkat kraf Malaysia.
Presiden dan Pengasas MCC, Nik Faiz Nik Amin berkata, inisiatif tersebut merupakan kesinambungan daripada kejayaan The Textile Project (TTP) yang dilaksanakan sejak 2024.
“Ia diwujudkan bukan hanya sebagai bengkel biasa, tetapi sebagai ruang inovasi dan R&D bagi memperkasa pembangunan songket dan kelingkan secara lebih sistematik,” katanya ketika ditemui RTM pada majlis berkenaan di sini.
Beliau menjelaskan bahawa penganjuran TTP Soirée merupakan platform penting untuk menilai kedudukan industri tekstil semasa serta merangka hala tuju masa depan warisan kraf negara.
Majlis tersebut turut diserikan dengan keberangkatan Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz
Majlis TTP Soirée berlangsung di Bangunan Sultan Abdul Samad dengan menghimpunkan penggiat seni, pereka serta komuniti dalam bidang tekstil tradisional.
Majlis berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz, yang mencerminkan sokongan berterusan institusi diraja terhadap usaha pemerkasaan warisan budaya.
Kehadiran baginda mencerminkan sokongan padu institusi diraja terhadap usaha memelihara dan mengangkat nilai budaya serta seni tekstil tradisional di mata dunia.
Acara itu menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan termasuk penggiat seni, pereka fesyen, dan komuniti tekstil yang menyifatkan inisiatif berkenaan sebagai batu lonjakan penting bagi mengukuhkan kedudukan kraf Malaysia di peringkat global.