Eropah tingkat bantuan dron kepada Ukraine

Serangan peluru berpandu dan dron Rusia menggegarkan beberapa bahagian Ukraine/ AFP

PARIS, 4 Jun – Negara-negara Eropah menyalurkan bantuan ketenteraan berbilion euro kepada Ukraine sejak pembiayaan Amerika Syarikat (AS) dihentikan, termasuk bagi memperkukuh pengeluaran dron.

RINGKASAN BERITA AI
  • 12% daripada bantuan ketenteraan Eropah (Jan–Apr 2026) diperuntukkan untuk pengeluaran dron.
  • Daripada 12.33 bilion euro bantuan Jan–Apr, kira-kira 1.5 bilion euro diperuntukkan untuk dron, melebihi 2025.
  • Pembiayaan sektor dron hampir tiga kali ganda antara 2022 dan 2026.
  • UK umum bekalkan 120,000 dron; Jerman dan Norway €500 juta masing-masing; Belanda €250 juta.

Menurut laporan Institut Kiel, Jerman, sebanyak 12 peratus daripada bantuan ketenteraan Eropah kepada Ukraine dalam tempoh empat bulan pertama 2026 diperuntukkan bagi pengeluaran dron.

Daripada keseluruhan bantuan ketenteraan berjumlah 12.33 bilion euro (AS$14.3 bilion) yang disalurkan antara Januari hingga April, kira-kira 1.5 bilion euro diperuntukkan khusus untuk pengeluaran dron, melebihi jumlah sepanjang tahun 2025 yang mencatatkan 1.24 bilion euro.

Institut Kiel melaporkan sejak pencerobohan Rusia pada Februari 2022, pembiayaan bagi sektor dron meningkat hampir tiga kali ganda antara 2022 hingga 2026.

United Kingdom mengumumkan pada 15 April lalu akan membekalkan 120,000 dron kepada Ukraine, manakala Jerman dan Norway masing-masing menyumbang 500 juta euro. Belanda pula menyediakan 250 juta euro bagi membantu Ukraine memperoleh senjata berkenaan.

Institut Kiel berkata pembiayaan Eropah untuk sektor dron Ukraine meningkat hampir tiga kali ganda sejak 2022, sekali gus memperkukuh keupayaan negara itu menghadapi serangan Rusia.

Menurut institut berkenaan, kerjasama dalam teknologi dron turut memberi manfaat kepada negara-negara Eropah menerusi perkongsian kepakaran dan pembangunan industri pertahanan.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.