fb fb fb fb fb

Lapan lagi calon daftar untuk bertanding jawatan Presiden Iran

BENDERA IRAN

TEHRAN, 2 Jun- Lapan lagi calon presiden telah mendaftar untuk bertanding jawatan presiden Iran menjelang pilihan raya awal pada akhir Jun, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Jurucakap Ibu Pejabat Pilihan Raya Kementerian Dalam Negeri, Mohsen Eslami pada Sabtu berkata, seramai 23 orang telah melawat ibu pejabat pilihan raya hari ini dengan lapan daripadanya secara rasmi mendaftarkan pencalonan mereka.

Antara yang mendaftarkan nama selaku calon Presiden ialah bekas Ahli Parlimen, Seyyed Ahmad Rasoulinejad; Ahli Parlimen bandar Tabriz, Masoud Pezeshkian; pembantu kepada Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam dan bekas komander IRGC, Vahid Haghanian dan Datuk Bandar Tehran, Alireza Zakani.

Iran akan mengadakan pilihan raya presiden pada 28 Jun berikutan kematian Presiden Ebrahim Raisi dalam nahas helikopter bulan lepas.

Calon-calon itu turut mengisytiharkan slogan dan program kempen mereka secara ringkas di ibu pejabat pilihan raya.

Semua calon presiden mesti mendapat kelulusan daripada Majlis Penjaga, panel 12 anggota yang terdiri daripada ulama dan pakar undang-undang. -BERNAMA-IRNA

ARTIKEL BERKAITAN
Presiden Iran Ebrahim Raisi dikhuariti maut nahas helikopter
Anwar terkesan pemergian Presiden Iran Ebrahim Raisi
Helikopter bawa Ebrahim Raisi ditemukan
Orang ramai beri penghormatan terakhir kepada Presiden Iran
Mohamad Sabu akan wakili Malaysia pada upacara pengebumian Presiden Iran
Presiden dan Menteri Luar Iran disahkan maut
Helikopter membawa Presiden Iran terhempas

SITI AISHAH MD ISA