fb fb fb fb fb

Helikopter bawa Ebrahim Raisi ditemukan

FOTO REUTERS

TEHRAN, 2 Mei - Ketua Bulan Sabit Merah Iran Pirhossein Koolivand memaklumkan helikopter yang dinaiki Presiden Iran Ebrahim Raisi telah ditemukan, namun dalam keadaan yang 'tidak baik'.

"Helikopter itu telah ditemui. Sekarang, kami bergerak ke lokasi helikopter itu," katanya.

Helikopter yang membawa Raisi dilaporkan terhempas semalam dengan cuaca berkabus serta hujan yang menyukarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Raisi dikatakan sedang dalam perjalanan pulang dari sebuah majlis perasmian empangan di sempadan Iran-Azerbaijan, apabila helikopter dinaikinya itu terhempas ketika mendarat di wilayah Varzaqan. - AFP

TETITIA YUSOFF