fb fb fb fb fb

Israel lancar serangan di benteng terakhir Palestin

Serangan Israel di Jabalia/REUTERS

KAHERAH, 20 Mei- Pesawat dan kereta kebal Israel terus merempuh kawasan di seluruh Gaza, kata penduduk.

Israel terus masuk ke bandar Rafah yang dikatakan sebagai benteng terakhir pejuang Hamas.

Beratus-ratus ribu rakyat Palestin meninggalkan kawasan yang merupakan salah satu daripada tempat perlindungan mereka yang masih tinggal.

"Di seberang Gaza, tiada keselamatan," kata Majid Omran yang memberitahu Reuters. Keluarganya telah melarikan diri dari Rafah dan baru sahaja pulang ke rumah mereka di selatan bandar Khan Younis.

"Kami menjemput anak-anak, cucu dan anak perempuan kami. Kami datang dan tinggal atas runtuhan rumah kami. Kerana tiada tempat untuk berlindung di sini," kata Omran.

Tentera Israel meneruskan berpuluh-puluh serangan ke Jabalia di utara Gaza, kata penduduk.

Sekurang-kurangnya 28 rakyat Palestin terbunuh pada Ahad. Menurut pegawai kesihatan Gaza dan Hamas, menyerang sebuah kediaman di Nuseirat di tengah Gaza.

Sementara itu, Perkhidmatan Kecemasan Awam Gaza dalam satu kenyataan berkata, pasukan penyelamat telah menemukan mayat 150 rakyat Palestin yang dibunuh oleh tentera dalam beberapa hari kebelakangan ini, dan 300 rumah rosak akibat serangan yang dilakukan dari udara dan darat Israel.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI