fb fb fb fb fb

Korea Utara hantar 600 lagi 'belon sampah' ke Seoul

Korea Utara sekali lagi menghantar belon pembawa sampah ke Korea Selatan malam tadi/AFP

SEOUL, 2 Jun- Korea Utara menghantar kira-kira 600 lagi belon berisi sampah merentasi sempadan, kata tentera Seoul hari ini sambil menambah anggota keselamatan sedang mengutipnya.

"Korea Utara telah melancarkan semula belon buangan ke arah Korea Selatan sejak pukul 8.00 malam semalam (waktu tempatan)," kata Ketua Staf Bersama Korea Selatan (JCS) dalam satu kenyataan.

Setakat pukul 10.00 pagi tadi, kira-kira 600 belon sudah dikenal pasti dengan sekitar 20 hingga 50 belon bergerak di udara setiap sejam, tambahnya.

Ia mendarat di wilayah utara Korea Selatan termasuk Seoul dan kawasan bersebelahan Gyeonggi, sehari selepas Seoul mengeluarkan amaran akan bertindak balas kepada Pyongyang sekiranya masih berdegil melakukan provokasi berkenaan.

Korea Utara mula menghantar ratusan belon yang membawa beg sampah sejak awal minggu ini dengan Seoul menyelar ia sebagai "kelas rendah".

Sejak kempen bermula Selasa lalu, kira-kira 900 belon telah dilancarkan, kata JCS.

Bagaimanapun ia hanya mengandungi sisa seperti puntung rokok, kertas sekerap, kepingan kain dan plastik, serta tiada bahan berbahaya ditemukan.

"Kami menggesa orang ramai untuk mengelak belon buangan yang mendarat dan segera melaporkannya kepada tentera atau balai polis terdekat," kata tentera. -AFP

0206 BD NORTH KOREA HANTAR BALON SAMPAH 2
Tentera Korea Selatan memeriksa sisa sampah dari belon Korea Utara di Seoul malam tadi/AFP

ARTIKEL BERKAITAN
Korea Utara hantar belon udara berisi najis ke sempadan Korea Selatan

SITI AISHAH MD ISA