SEOUL, 29 Mei - Korea Selatan menuduh Korea Utara menghantar sejumlah besar belon udara melintasi sempadan mereka untuk menggugurkan objek termasuk sampah dan najis dan menyifatkan ia berbahaya.
Unit tindak balas letupan, kimia dan biologi tentera Korea Selatan dikerahkan untuk memeriksa dan mengumpul objek tersebut.
Amaran dikeluarkan kepada penduduk supaya menjauhkan diri dari lokasi kejadian dan nengelak daripada dilihat pihak berkuasa.
Lebih 260 belon telah dikesan dan kebanyakannya telah mendarat di sebuah lokasi di Korea Selatan, kata Ketua Staf Bersama.
Gambar yang dikeluarkan tentera Korea Selatan menunjukkan belon udara membawa sampah dan najis dalam plastik yang diikat pada belon tersebut.
Imej lain kelihatan menunjukkan sampah bertaburan jatuh dari belon tersebut.
Agensi berita Yonhap berkata beberapa belon itu mengandungi najis haiwan.
Seorang pegawai dari pejabat presiden Seoul berkata Korea Utara mungkin mahu 'menguji' reaksi Korea Selatan atas tindakan itu, namun pihaknya akan bertindak balas secara tenang.
"Dengan meletakkan sampah dan pelbagai objek ke dalam belon, mereka nampaknya ingin menguji bagaimana rakyat kita akan bertindak balas dan sama ada kerajaan kita benar-benar terganggu, dan selain daripada provokasi langsung ," kata pegawai itu kepada pemberita. - REUTERS