Araghchi sampaikan ucapan Aidilfitri, hargai solidariti Muslim Asia Tenggara

Iran hargai solidariti Muslim Asia Tenggara.

KUALA LUMPUR, 22 Mac – Menteri Luar Iran Abbas Araghchi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada umat Islam di rantau Asia Tenggara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Araghchi menghargai solidariti kerajaan dan masyarakat Muslim Asia Tenggara yang mengecam pencerobohan ganas AS dan rejim Zionis terhadap rakyat Iran.
  • Konflik ketenteraan di Asia Barat meningkat selepas serangan AS dan Israel sejak 28 Feb, mengakibatkan kematian orang awam dan pegawai kanan Iran.
  • Tehran membalas dengan serangan tepat ke atas Israel serta beberapa aset dan pangkalan AS di seluruh negara Teluk.

Dalam satu hantaran di X, Araghchi turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan dan rakyat rantau ini atas solidariti mereka terhadap Iran.

“Terima kasih kepada pemerintah dan masyarakat Muslim serta pencinta keadilan di Asia Tenggara (Indonesia, Malaysia, Brunei) yang mengecam pencerobohan ganas Amerika Syarikat (AS) dan rejim Zionis terhadap bangsa Muslim Iran pada bulan Ramadan serta menunjukkan solidariti,” katanya.

Konflik ketenteraan di Asia Barat semakin meningkat susulan serangan berterusan AS dan Israel ke atas Iran sejak 28 Feb, yang mengorbankan orang awam serta pegawai kanan Iran termasuk pemimpin agung negara itu, Allahyarham Ali Khamenei dan ketua keselamatan negara, Ali Larijani.

Sebagai tindak balas, Tehran melancarkan serangan tepat ke atas Israel serta beberapa aset dan pangkalan AS di seluruh negara Teluk. – BERNAMA