fb fb fb fb fb

Kremlin desak Ukraine tarik tentera dari Donbas

Foto REUTERS

MOSCOW, 29 Disember – Kremlin menyatakan bahawa Ukraine perlu menarik balik tenteranya daripada sebahagian Donbas yang masih berada di bawah kawalan Kiev.

Ditanya mengenai cadangan penubuhan zon ekonomi bebas di Donbas dan isu Loji Nuklear Zaporizhzhia, pihak Kremlin berkata Moscow menganggap tidak wajar untuk mengulas perkara itu secara terbuka.

Menurut anggaran pihak Rusia, negara itu kini mengawal kira-kira satu perlima wilayah Ukraine, termasuk Crimea yang diambil alih secara paksa pada 2014, sekitar 90 peratus Donbas, 75 peratus wilayah Zaporizhzhia dan Kherson, serta sebahagian kecil wilayah Kharkiv, Sumy, Mykolaiv dan Dnipropetrovsk.

Presiden Rusia, Vladimir Putin, dan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengadakan perbualan pada Ahad sebelum pertemuan Trump dengan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, di Miami.

Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, berkata setakat ini tiada perbualan telefon antara Putin dan Zelenskiy sedang dibincangkan. -REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN