fb fb fb fb fb

Presiden dan Menteri Luar Iran disahkan maut

Presiden Iran Ebrahim Raisi/ FOTO REUTERS

DUBAI, 20 Mei - Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar disahkan meninggal dunia dalam nahas helikopter.

Kejadian berlaku ketika sedang melintasi kawasan pergunungan yang berkabus tebal, kata seorang pegawai Iran kepada Reuters.

“Presiden Iran, Ebrahim Rais, mengalami kemalangan ketika sedang melaksanakan urusan rasmi kerajaan dan syahid,” kata agensi Mehr Iran tatkala media lain turut melaporkan berita itu.

Sebelum ini media melaporkan harapan untuk Raisi dan Menteri Luar Iran selamat adalah tipis memandangkan keadaan helikopter yang musnah, selepas pasukan keselamatan menjumpai serpihan helikopter malang itu. - REUTERS

TETITIA YUSOFF