fb fb fb fb fb

Presiden Iran Ebrahim Raisi dikhuariti maut nahas helikopter

FOTO REUTERS

DUBAI, 20 Mei - Harapan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya terselamat daripada nahas helikopter sangat tipis.

Perkara itu dimaklumkan seorang pegawai Iran selepas pasukan keselamatan menjumpai serpihan helikopter yang terhempas kawasan pergunungan, semalam.

"Helikopter Presiden Raisi terbakar sepenuhnya dalam nahas itu, malangnya semua penumpang dikhuatiri maut,” kata pegawai itu kepada Reuters.

Pasukan penyelamat terpaksa menempuh salji tebal sepanjang malam untuk melakukan proses mencari dan menyelamat (SAR) di wilayah Azerbaijan Timur pada awal pagi Isnin.

"Kami dapat melihat bangkai pesawat dan keadaan tidak baik," kata Ketua Bulan Sabit Merah Iran, Pirhossein Kolivand, kepada TV kerajaan.

"Dengan penemuan lokasi nahas, tiada tanda-tanda mangsa terselamat dikesan."

Raisi, 63, dilantik sebagai Presiden Iran pada 2021. - REUTERS

TETITIA YUSOFF