fb fb fb fb fb

Hakim AS sekat peraturan senjata api yang disokong Biden

FOTO REUTERS

BOSTON, 20 Mei- Seorang hakim persekutuan Amerika Syarikat menghalang pentadbiran Biden daripada melaksanakan sepenuhnya peraturan baharu yang memerlukan pengedar senjata api mendapatkan lesen dan menjalankan pemeriksaan latar belakang apabila menjual senjata api di pertunjukan senjata api dan dalam talian.

Hakim Daerah A.S. Matthew Kacsmaryk di Amarillo membuat keputusan untuk menahan sementara undang-undang oleh Biro Alkohol, Tembakau, Senjata Api dan Bahan Letupan daripada dikuatkuasakan di Texas.

"Saya lega kerana kami dapat mendapatkan perintah sekatan yang akan menghalang peraturan haram ini daripada berkuat kuasa," kata Peguam Negara Texas Paxton, seorang Republikan, dalam satu kenyataan.

Kacsmaryk, hakim lantikan bekas Presiden Republikan Donald Trump, mengeluarkan keputusannya sebelum peraturan itu berkuat kuasa pada hari Isnin sebagai tindak balas kepada tuntutan mahkamah oleh Texas, penyokong hak senjata api, dan tiga negeri pimpinan parti Republikan.

Tuntutan itu mencabar peraturan yang dimuktamadkan bulan lalu yang dikatakan oleh pentadbiran Presiden Demokrat Joe Biden akan menjejaskan lebih 23,000 peniaga tidak berlesen dan berpuluh-puluh ribu penjualan senjata api setiap tahun melalui penjualan di ekspo senjata dan dalam talian.

Bawah peraturan itu, mereka yang menjual senjata di pameran senjata api, dan melalui internet tertakluk kepada keperluan yang sama seperti kedai senjata untuk menyemak latar belakang bakal pembeli.

Kacsmaryk dalam keputusannya bersetuju dengan plaintif bahawa peruntukan peraturan itu bercanggah dengan Akta Komuniti Selamat Dua Pihak, undang-undang 2022 yang meluaskan kategori penjual senjata api yang diperlukan untuk mendapatkan lesen.

Dia menyalahkan peraturan kerana tidak membenarkan orang yang membeli atau menjual senjata api untuk perlindungan peribadi daripada dianggap layak untuk pengecualian berkanun kepada keperluan pelesenan untuk orang yang membeli atau menjual senjata api untuk koleksi peribadi.

Kumpulan hak senjata api yang ahlinya dilindungi oleh Republikan termasuk Gun's Owner of America, yang mempunyai 2 juta ahli.

Hakim, bagaimanapun, mendapati Louisiana, Mississippi, dan Utah gagal memastikan mereka mempunyai pendirian untuk mencabar peraturan itu dan dia enggan menyekat penguatkuasaannya dalam bidang kuasa mereka. Perintah makhakamah kekal berkuat kuasa sehingga 2 Jun sementara menunggu litigasi selanjutnya.

Kacsmaryk ialah satu-satunya hakim yang aktif di Amarillo, membantu menjadikan mahkamah sebagai tempat yang digemari untuk pihak litigasi konservatif yang mencabar dasar kerajaan persekutuan semasa pentadbiran Biden. -REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE