fb fb fb fb fb

Orang ramai beri penghormatan terakhir kepada Presiden Iran

Foto REUTERS

TEHRAN, 22 Mei- Orang ramai berkumpul di Masjid Mosalla Besar Tehran untuk meneruskan upacara pengebumian Presiden Iran, Ebrahim Raisi yang terbunuh dalam nahas helikopter di sebuah kawasan pergunungan, barat laut Iran pada Ahad lalu.

Jenazah Raisi, Menteri Luar Iran, Hossein Amirabdollahian dan pegawai-pegawai lain yang terkorban dalam nahas terbabit telah dibawa ke masjid itu untuk orang ramai memberi penghormatan terakhir.

Rakyat Iran mengambil kesempatan tersebut untuk berzikir dan berdoa.

Terdahulu, Iran berkabung selama lima hari susulan kematian Presiden Iran.

Pemimpin tertinggi Iran, Ali Khamenei berkata Naib Presiden, Mohammad Mokhber, 68, akan memikul tanggungjawab sebagai presiden interim. - REUTERS

Artikel Berkaitan:
Kabinet zahir takziah atas pemergian Presiden Raisi
Iran adakan perarakan jenazah Raisi di Tabriz

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM