fb fb fb fb fb

Kanak-kanak di Indonesia tidak dibenarkan memasuki taman permainan

FOTO AFP

INDONESIA, 9 Februari - Kanak-kanak di Indonesia tidak akan dibenarkan memasuki taman permainan sekiranya belum lengkap vaksinasi.

ibu bapa perlu menunjukkan sijil vaksinasi anak mereka sekiranya ingin memasuki taman permainan, sama ada tertutup atau tempat terbuka.

Ketua Pengarah Pentadbiran Wilayah, Kementerian Dalam Negeri Indonesia, Safrizal ZA menyatakan, namun kanak-kanak dibenarkan masuk ke pusat beli-belah walaupun baru mendapat dos pertama vaksin COVID-19.

Ibu bapa perlu menunjukkan sijil vaksinasi anak-anak mereka bagi memastikan mereka tidak terdedah dengan jangkitan.

Kanak-kanak yang ingin menonton wayang dan pergi ke tempat awam yang lain juga perlu menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.

Ketetapan itu berkuat kuasa semalam ketika sekatan pergerakan tahap tiga dilaksanakan di Jawa berikutan lonjakan kes jangkitan akibat Omicron.

 

Media Baharu