BERLIN, 5 April- Perintah kuarantin bagi individu yang dijangkiti COVID-19 di Jerman tidak akan diwajibkan bermula 1 Mei depan.
Perkara ini disahkan Menteri Kesihatan Jerman Karl Lauterbach yang memaklumkan isoladi kendiri amat disyorkan namun dilakukan secara sukarela.
Selain itu, peraturan semasa tetap berkuat kuasa namun bukan untuk jangka masa panjang.
Bagaimapun pengecualian diberi kepada pekerja institusi perubatan yang perlu terus mengasingkan diri selama lima hari jika mereka dijangkiti virus tersebut.
(Menteri Kesihatan Jerman, Karl Lauterbach /AFP)
Jerman mencatatkan jangkitan yang masih tinggi namun kebanyakan kes yang dilaporkan hanya bergejala ringan dan fasiliti hospital tidak mengalami masalah.
Kesannya, ekonomi terbesar Eropah kini melonggarkan sekatan COVID-19 termasuk menarik balik arahan pemakaian pelitup separuh muka di kedai atau sekolah.
Manakala perintah kerajaan Canselor Olaf Scholz yang mewajibkan vaksinasi juga sudah dihentikan secara berperingkat.
Ia susulan cadangan mewajibkan vaksinasi ke atas individu lebih 18 tahun dijangka tidak mendapat sokongan majoriti di Parlimen.
Justeru, jawatankuasa kerajaan memutuskan vaksinasi hanya wajib untuk rakyat berusia lebih 50 tahun. -AFP