Agensi JPM (Hal Ehwal Agama) junjung kasih titah Sultan Selangor, hayati Rukun Negara

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan

PUTRAJAYA, 25 Mei –Seluruh agensi bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), menjunjung kasih atas nasihat serta peringatan yang dizahirkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung penghayatan Rukun Negara baru-baru ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menghayati Rukun Negara, menghormati institusi Raja serta memupuk perpaduan, berpandukan Perlembagaan, Al-Quran dan As-Sunnah.
  • Penghayatan penting untuk memelihara keseimbangan kuasa dan keharmonian negara demi kepentingan bersama.
  • Rukun Negara dan Perlembagaan menjelaskan hubungan Raja dan rakyat bagi mengekalkan kestabilan, perpaduan dan kesejahteraan negara.

Menterinya, Dr. Zulkifli Hasan, menyeru rakyat di negara ini agar terus menghayati semangat Rukun Negara, menghormati institusi Raja serta semangat perpaduan selain menjunjung Perlembagaan Persekutuan berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah.

“Penghayatan itu penting bagi memelihara keseimbangan kuasa dan keharmonian negara demi kepentingan bersama,” katanya menerusi satu kenyataan.

Tambahnya, Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan yang sekian lama menjadi asas Malaysia telah menggariskan dengan jelas hubungan antara Raja dan rakyat dalam usaha mengekalkan kestabilan, perpaduan serta kesejahteraan negara.

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.