fb fb fb fb fb

Hujan batu banjiri tengah Arab Saudi

FOTO دهانات بريده وديكورات القصيم/AFP

BURAYDAH, 31 Disember- Hujan batu atau hujan ais batu membanjiri bandar Buraydah tengah Arab Saudi, baru-baru ini.

Video kejadian tersebut dikongsi agensi berita antrabangsa, AFP pada Jumaat lalu.

Menerusi rakaman itu kelihatan jalan raya di bandar itu 'memutih' kerana dilitupi ais.

Ia turut memaparkan beberapa kenderaan meredah banjir ais berkenaan.

Setakat ini, tiada laporan mengenai kerosakan atau sebarang kemalangan jiwa diterima berhubung fenomena tersebut. -AFP

SITI AISHAH BINTI MD ISA