Serangan Iran di Jordan: 2 tentera AS maut

Foto AFP

WASHINGTON, 19 Julai – Dua anggota perkhidmatan tentera Amerika Syarikat (AS) terbunuh manakala seorang lagi dilaporkan hilang selepas serangan peluru berpandu dan dron Iran menyasarkan kedudukan tentera AS di Jordan, menurut Pentagon.

RINGKASAN BERITA AI
  • Anggota tentera AS maut semasa pasukan AS dan sekutu mempertahankan diri daripada serangan peluru berpandu balistik dan dron Iran.
  • Seorang anggota masih belum ditemui dan diklasifikasikan sebagai hilang dalam tindakan oleh CENTCOM.
  • Empat lagi anggota dipindahkan ke hospital di Jordan untuk menerima rawatan kecederaan.
  • Insiden itu menambah ketegangan antara Washington dan Tehran, menjadi sebahagian balasan antara kedua pihak di rantau.

Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) memaklumkan, anggota terbabit maut pada Jumaat ketika pasukan AS bersama sekutu bertindak mempertahankan diri daripada serangan peluru berpandu balistik dan dron Iran.

Dalam kenyataan menerusi platform X, CENTCOM berkata seorang anggota masih belum ditemui dan diklasifikasikan sebagai hilang dalam tindakan, manakala empat lagi anggota telah dipindahkan ke hospital di Jordan untuk menerima rawatan.

Serangan itu menambah ketegangan antara Washington dan Tehran yang semakin memuncak susulan konflik berterusan di rantau Asia Barat.

Insiden berkenaan merupakan antara serangan terbaru yang menyasarkan kepentingan ketenteraan AS di rantau itu, ketika kedua-dua pihak terus berbalas serangan. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.