
HANOI, 18 Julai– Sekurang-kurangnya empat orang maut akibat banjir besar dan tanah runtuh yang dicetuskan hujan lebat di Vietnam, menurut laporan media kerajaan pada Sabtu.
- Lebih 238 hektar sawah padi dan tanaman lain di empat wilayah pergunungan utara rosak sejak Rabu lalu.
- Sejumlah ternakan dan unggas mati atau dihanyutkan arus banjir.
- Seramai 500 anggota penyelamat digerakkan untuk mencari mangsa hilang dan memindahkan penduduk dari kawasan risiko tanah runtuh.
- Saintis berkata perubahan iklim akibat aktiviti manusia menjadikan kejadian cuaca ekstrem lebih kerap dan lebih dahsyat.
Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Benteng Vietnam memaklumkan, lebih 238 hektar sawah padi serta tanaman lain di empat wilayah pergunungan utara rosak sejak Rabu lalu.
Bencana itu turut menyebabkan sejumlah ternakan dan unggas mati atau dihanyutkan arus banjir.
Seramai 500 anggota penyelamat telah digerakkan bagi mengesan mangsa yang masih hilang serta memindahkan penduduk dari kawasan berisiko berlaku tanah runtuh.
Sepanjang tempoh Januari hingga Jun tahun ini, bencana alam di Vietnam telah meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa serta mengakibatkan kerugian melebihi AS$21.7 juta (kira-kira RM101 juta).
Vietnam yang terletak di rantau Asia Tenggara lazimnya mengalami musim hujan lebat antara Jun hingga September.
Bagaimanapun, saintis menjelaskan perubahan iklim yang didorong aktiviti manusia telah menyebabkan kejadian cuaca ekstrem menjadi lebih kerap dan lebih dahsyat. – AFP