Ribut di Perancis: Dua maut, 53,000 isi rumah terputus bekalan elektrik

Foto REUTERS

PARIS, 18 Julai – Dua orang maut manakala kira-kira 53,000 isi rumah terputus bekalan elektrik selepas ribut petir kuat melanda beberapa wilayah di Perancis pada Khamis.

RINGKASAN BERITA AI
  • Seorang wanita maut selepas dihempap pokok tumbang di Saint-Victurnien, Haute-Vienne.
  • Seorang lelaki ditemui maut di Dolomieu, Isere selepas sebuah bengkel terbakar akibat dipanah petir.
  • Gangguan elektrik paling teruk di Auvergne-Rhone-Alpes dan Nouvelle-Aquitaine, melibatkan kira-kira 25,000 dan 20,000 pelanggan.
  • Setakat pagi Jumaat bekalan elektrik di kawasan terjejas masih belum pulih.

Salah seorang mangsa yang meninggal dunia, merupakan wanita yang dihempap pokok tumbang di Saint-Victurnien, Haute-Vienne.

Seorang lagi mangsa, lelaki yang ditemukan maut di Dolomieu, Isere, selepas sebuah bengkel terbakar akibat dipanah petir.

Gangguan bekalan elektrik paling ketara berlaku di Auvergne-Rhone-Alpes dan Nouvelle-Aquitaine, dengan masing-masing melibatkan kira-kira 25,000 dan 20,000 pelanggan.

Setakat pagi Jumaat, bekalan elektrik di kawasan berkenaan masih belum pulih.

Ribut itu turut menjejaskan Loire, Isere, Haute-Savoie dan Correze dengan membawa angin kencang, hujan batu bersaiz besar serta ribut petir. – REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.