JAKARTA, 12 Ogos - Gempa bumi berukuran 6.4 magnitud melanda 27 kilometer (km) ke tenggara Kabupaten Sarmi, Wilayah Papua, Indonesia, pada pukul 15:24 waktu Jakarta pada Selasa, menurut Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG).
Memetik laporan Xinhua, gempa itu berlaku pada kedalaman 13 km, dengan pusat gempa terletak pada latitud 1.90 darjah selatan dan longitud 138.99 darjah timur. BMKG memaklumkan tiada potensi berlakunya tsunami.
Peta gegaran agensi itu menunjukkan gegaran ringan hingga sederhana di kawasan berhampiran, dengan gegaran lebih kuat dirasai di beberapa lokasi yang lebih dekat dengan pusat gempa. Tiada laporan segera mengenai korban atau kerosakan.
Indonesia terletak di Lingkaran Api Pasifik, kawasan yang kerap mengalami aktiviti seismik dan gunung berapi. - BERNAMA-XINHUA