Ribut petir, hujan lebat landa 10 negeri hingga 9 malam ini

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda 10 negeri hingga 9 malam ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • MetMalaysia ramal keadaan melibatkan Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.
  • Sarawak terlibat; kawasan terjejas termasuk Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit, Miri dan Limbang.
  • Sabah dan Labuan terjejas di kawasan Pedalaman, Pantai Barat (Kota Kinabalu, Papar, Tuaran) serta Tawau.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) keadaan itu diramal melanda Kedah melibatkan Kuala Muda, Sik, Baling dan Kulim; Perak (Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar); Kelantan (Gua Musang) dan Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman).

Cuaca sama juga dijangka melanda Pahang di Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Kuantan dan Pekan; Selangor (Hulu Selangor), Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin) serta Johor (Segamat, Kluang, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong (Pusa, Betong dan Saratok), Sarikei, Sibu (Kanowit), Kapit (Song dan Belaga), Miri (Beluru, Telang Usan, Miri dan Marudi) dan Limbang.

Di Sabah, kawasan terjejas melibatkan Pedalaman, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Tawau (Tawau) selain Labuan. – BERNAMA