fb fb fb fb fb

Chiang Mai diselubungi jerebu teruk, jadi bandar paling tercemar

FOTO AFP

CHIANG MAI, 15 Mac- Kawasan tumpuan pelancong Thailand, Chiang Mai diselubungi asap berjerebu menyaksikan penduduk dan pelawat ke bandar utara yang indah itu dibiarkan berdehit dalam udara beracun.

Menurut kemas kini daripada laman web pemantauan udara IQAir, Chiang Mai direkodkan bandar paling tercemar di dunia pada Jumaat.

Tahap pencemaran PM2.5, diklasifikasikan sebagai 'sangat tidak sihat' dan mencecah lebih daripada 35 kali garis panduan tahunan Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Malah, tahap pencemaran itu mempunyai mikrozarah penyebab kanser cukup kecil yang boleh memasuki aliran darah melalui paru-paru.

Bekas perdana menteri Thailand Thaksin Shinawatra, yang baru-baru ini dibebaskan awal daripada hukuman penjara kerana rasuah dan salah guna kuasa berikutan 15 tahun dalam buangan diri, melawat pasar pada hari Jumaat, memakai topeng muka sambil bergambar dengan orang ramai.

Tahap pencemaran yang tinggi sering melanda kampung halaman Thaksin di Chiang Mai pada bulan-bulan awal tahun apabila petani sering membakar tanaman untuk membersihkan tanah.

Turut menyumbang kepada pencemaran, kebakaran hutan dan asap ekzos kenderaan.

Peningkatan kesedaran tentang implikasi kesihatan telah mendorong beberapa tindakan daripada kerajaan.

Kabinet Perdana Menteri Srettha Thavisin turut meluluskan Akta Udara Bersih untuk menangani isu itu pada Januari.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE