fb fb fb fb fb

Bobi, anjing tertua di dunia mati pada usia 31

Bobi, anjing tertua di dunia/AFP

LISBON, 26 Oktober- Bobi, yang dinobatkan sebagai anjing tertua di dunia oleh Guinness World Records dilapor mati pada usia 31 tahun dan 165 hari, lapor media Portugis pada Isnin lalu.

Pemiliknya, Leonel Costa berkata, Bobi menjalani kehidupan yang bahagia bersamanya dan keluarga.

"Kami mempunyai kenangan bersama yang baik dan gembira. Dia (Bobi) telah menggembirakan ramai orang, terutama keluarga saya," katanya.

Anjing jantan yang dilahirkan pada 11 Mei 1992 itu diisytiharkan sebagai anjing tertua di dunia pada Februari lalu.

Kebiasannya baka anjing jenis Rafeiro do Alentejo tersebut mempunyai jangka hayat sehingga 12 hingga 14 tahun sahaja. -AFP

SITI AISHAH BINTI MD ISA